PENGARUH CABANG FALSAFAH METAFIZIK, EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Falsafah adalah bidang ilmu yang mempunyai empat cabang yang berbeza tetapi saling berkait antara satu sama lain. Cabang falsafah tersebut ialah metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik.




PENGARUH CABANG FALSAFAH METAFIZIK, EPISTEMOLOGI, AKSIOLOGI DAN LOGIK TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.


Metafizik

·       Penekanan terhadap aspek realiti, ketuhanan dan kesejagatan ke arah globalisasi, kemajuan dan  kerohanian dalam perkembangan pendidikan di Malaysia.

·       Wujudnya kepelbagaian ilmu meliputi hakikat kesejagatan (cosmology), hakikat ketuhanan (theology)  dan hakikat kemanusiaan dan alam (antology) dalam aspek rancangan pendidikan negara.

·     Pada umumnya, metafizik merupakan kajian pada peringkat paling abstrak mengenai sesuatu perkara atau fenomena alam dan merupakan suatu bidang ilmu yang jauh melangkaui alam fizikal. Dengan itu, perkembangan ilmu sains dan teknologi mula berkembang dan fenomena diluar alam nyata sebagai contoh hidup selepas mati, syurga dan neraka.


Epistemologi

·       Merangkumi perolehan pengetahuan, keilmuan dan keterampilan untuk kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan. Ini menunjukkan bahawa FPK menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan warganegara Malaysia.

·       Unsur-unsur teori pengetahuan sangat penting jika negara berhasrat menjana ilmu yang bermutu tinggi—salah satu faktor utama untuk menjadi negara yang maju.

·        Dengan epistemologi, pelajar dapat memahami potensi sumber ilmu pengetahuan baru dan cara-cara  pemikiran yang perlu ada untuk menjelmakan potensi itu kepada realiti.

·   Sebagai contoh, berlakunya kesepaduan dan keseimbangan dalam sukatan pelajaran dari aspek kurikulum yang meningkatkan pendidikan teknik dan vokasional, meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris  dan memartabatkan bahasa Melayu.

Aksiologi

·         Penekanan nilai-nilai murni  kehidupan penting dalam pembangunan seseorang individu kearah yang lebih maju dan baik.

·        Nilai estetika melibatkan kesenian atau kecantikan contohnya pendidikan Seni dan Muzik yang melibatkan kesenian dalam pelbagai bidang sama ada seni tradisional dan moden seperti seni visual arca,reka bentuk industri dan grafik komputer yang menyumbang kepada industri kreatif negara dan penghayatan budaya di Malaysia.

·        Sistem pendidikan negara seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang menerapkan nilai positif dalam kalangan individu akan melahirkan pelajar yang mempunyai keperibadian yang baik dan insan yang harmoni.


Logik

·       Cabang falsafah ini berkait rapat dengan ketiga-tiga cabang kerana bidang yang berlandaskan logikal.

·       Matlamat FPK mampu direalisasikan kerana logik adalah cabang yang membincangkan persoalan atau isu pendidikan untuk membuat keputusan yang perlu diambil secara berkesan.

·        Sistem pendidikan negara lebih bersesuaian dengan keadaan semasa agar pendidikan negara diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Logik juga merupakan persoalan-persoalan yang menyumbang kepada wujudnya cabang Metafizik, Epistemologi, Aksiologi. Contoh persoalan yang dibahas: 

 


Rumusan Ringkas.

Cabang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu Metafizik, Epistemologi, dan Aksiologi  saling berkait berlandaskan logik dalam membentuk arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang mencetus kepada wujudnya Kurikulum Kebangsaan.


Video Penerangan.

https://youtu.be/4rtRDUBqZMA



 

RUJUKAN

 

Abdullah, D. Z. (2021). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Tanjong Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hoe, W. (2010, March 18). Kepentingan pemahaman epistemologi di kalangan penuntut Malaysia. Warwick Blogs. https://blogs.warwick.ac.uk/tanw/entry/kepentingan_pemahaman_epistemologi/

Jamaluddin, Mior Khairul Azrin bin Mior. (2011). Sistem pendidikan di malaysia: dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 4 (81). 33-48.


DISEDIAKAN OLEH: 

ROSIDA BINTI MISYU (D20211099345)

 

 


 


Comments