PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI) TERHADAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

  FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI)

  • Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

  • Hal ini bertujuan untuk meningkatkan potensi diri dari sudut spiritual, fizikal, intelekm emosi dan sosial agar dapat menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap Allah, manusia dan persekitaran alam bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan juga akhirat.



  KONSEP-KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM (FPI)

  • Falsafah Pendidikan Islam mempunyai prinsip yang unggul iaitu dengan mengaitkan prinsip mengenal tuhan, prinsip alam semesta dan juga prinsip diri insan


  • Falsafah Pendidikan Islam merupakan falsafah yang bersumberkan falsafah hidup Islam kerana ianya mempunyai prinsip Islam dalam pendidikan.

  •       Falsafah Pendidikan Islam bermatlamat untuk melahirkan insan yang berilmu, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.


  •       Akhir sekali, Falsafah Pendidikan Islam bercorak keagamaan yang menamakan keimanan manusia kepada Allah dalam usaha membentuk manusia sebagai Khalifah di muka bumi ini yang bersikap tunduk dan patuh pada suruhan Allah.





PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1. Menekankan Aspek Keagamaan Dan Perkembangan Individu.

  • Falsafah Pendidikan Islam memberi penekanan terhadap aspek keagaamaan dan perkembangan individu dari segi intelek, rohani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

  • Unsur-unsur ini dapat dilihat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana di dalam falsafah ini, ia mempunyai elemen untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

2. Usaha Berterusan

  • Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam seterusnya yang terserlah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyebut bahawa pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan.

  •  Falsafah Pendidikan Islam juga menekankan konsep pendidikan seumur hidup. 


3. Kurikulum

  • Hasil penekanan terhadap Pendidikan Islam dalam kurikulum menyaksikan pelbagai perkembangan Pendidikan Islam kini iaitu subjek Pendidikan Islam yang diwajibkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan juga Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.




PENUTUP

    Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan mempunyai pengaruh dalam membentuk pola pemikiran masyarakat di Malaysia. Islam yang bertapak kukuh di Malaysia bukan sahaja mempengaruhi kebudayaan, bahasa, tulisan, bahkan turut berperanan dalam membentuk falsafah masyarakat dan negara. Pengaruh falsafah jelas dapat dilihat dengan persamaan yang ketara antara matlamat Falsafah Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang antara jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Justeru, Falsafah Pendidikan Islam mempunyai pengaruh yang luas dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.





LINK VIDEO






  RUJUKAN

  •   Abdullah, D. Z. (2021). Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Tanjong      Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.


  • Jamaluddin, Mior Khairul Azrin bin Mior. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 4 (81). 33-48.

  • Zalikha Zukri. (2010). Perkembangan Falsafah Pendidikan Islam Dalam Sistem Pendidikan Negara. Academia.edu.my.

  • Asmawati Subid, Fathiyah Mohd Fakhiruddin. (2012). Gagasan Pemikiran Falsafah dalam Pendidikan Islam: Hala Tuju dan Cabaran. Jurnal Artikel UKM.






DISEDIAKAN OLEH :

Farid Hilmi Bin Laili Anuar








Comments